Pengalaman sangat mengembirakan dan juga menyakitkan...Inilah kehidupan yang harus kita lalui,tanpa ini semua kehidupan kita tidak pernah bermakna....Sesuatu telah hilang dan harus dicari dengan segera...Dalam hidup kita bukan semua benda adalah sempurna...Sesuatu yang tiada itu patut dicari untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna..dan ini terpulang pada diri kita untuk mengkaji...diri sendiri....
Sesetengah manusia tahu apa kekurangan mereka sendiri tapi mereka buat-buat tak tahu akan kewujudan itu...ada yang tahu tapi tidak mahu mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan itu...Ada juga yang selesa dengan keadaan yang sebegitu dan sebalikya...
Manusia yang tahu akan kelemahan mereka dan cuba untuk mengatasinya adalah manusia yang sangat sukakan cabaran.Mereka tidak pernah kalah pada dugaan bukan kerana mereka tidak puas dengan semua yang telah dikurniakan tetapi mereka ingin menjadi lebih baik untuk kehidupan yang lebih bahagia....akan tetapi kadang-kala manusia akan lari dari tujuan hidup mereka dan tidak menjadi diri mereka sendiri...bukan kerana mereka berpura-pura tetapi hanya keliru samada itu adalah mereka sendiri atau tidak....
Jadi manusia harus berpada-pada dengan keputusan yang diambil untuk diri sendiri...tiada yang kurang atau tiada yang lebih..maka semuanya adalah sama rata sahaja...kerana manusia adalah istimewa...tiada yang dapat menyamai manusia...
Berbalik pada pengalaman,semua yang hidup yang mempunyai otak di dunia ini punya pengalaman mahupun manusia atau binatang..bezanya manusia tahu mempertimbangkan sesuatu pengalaman itu kerana manusia mempunyai akal manakala binatang pula tahu itu adalah pengalaman..kerana binatang punyai otak dan akal tetapi tidak mampu mempertimbangkannya...
No comments:
Post a Comment